AWAS! Macaron Palsu Di Pasaran

Telah sampai ke pengetahuan kami terdapat “macaron palsu” yg luas sedang di promosikan di pasaran. Pembeli harus berhati-hati dan membeli macaron yang asli, jangan tertipu. Dapatkan macaron yang asli dari kami.

Para penjual yang tidak bertanggungjawab menjaja nama “macaron” tapi hakikatnya ianya “macaron palsu” ataupun lebih jelas lagi, ianya bukan macaron langsung.

Jika anda perlu resepi sebenar untuk membuat macaron sebenar, anda boleh rujuk posting lama kami di blog ini.

Terdapat juga buku resepi (di Malaysia) yang menulis bahawa ianya resepi macaron, namun hakikatnya resepi itu salah dan “menipu”. Kerana macaron tidak menggunakan sebarang tepung, hanya badam & telur, hatta kerana itu lah harganya mahal.  Resepi dalam buku tersebut menggunakan tepung, menjadikannya “biskut”, bukan macaron, macaron bukan biskut, ianya rupa seperti biskut tetapi ianya adalah suatu manisan (confectionery).  Para pelanggan jangan lah tertipu.

Terdapat pula penjual yang mengaku “macaron” tetapi menjual “meringue biscuit”.  “Meringue” ialah putih telur yang dipukul hingga naik keras.  Manakala macaron mempunyai badam dan mempunyai characteristic tertentu.

_perfect macaron

Menurut pemerhatian kami, terdapat juga macaron yg kami syaki dicampur tepung dijual berleluasa, kerana dgn dicampur tepung, ia menjadi “keras” dan susah rosak. Namun, ini merosakkan pasaran macaron dan akhirnya akan membunuh pasaran macaron (kerana orang ramai yg tidak tahu tentang macaron akan berpendapat negatif tentang macaron).

Sila beli macaron yang sebenar & yang asli sahaja. Jika ianya bukan macaron, nasihatkan peniaga tersebut agar tidak menggunakan perkataan “macaron” kerana peniaga tersebut telah mengelirukan pembeli dan lebih teruk telah menipu pembeli (dgn mengelirukan mereka) secara jelas.

_perfect-macaron-2

Istimewa, Harga Serendah RM0.85 Sebiji Macaron

Kami menawarkan harga istimewa bagi pembelian kuantiti besar dan pembelian awal (advance purchase). Ini sesuai jika anda mahu membuat pembelian bagi majlis anda, macaron untuk door-gift atau sebagainya.  Harga terendah yang boleh ditawarkan adalah RM0.85 sebiji,  namun harga berdasarkan jadual harga kami.

Dibawah adalah jadual kadar harga yang ditetapkan, ianya berdasarkan kuantiti dan tempoh (bilangan hari antara tarikh pesanan dengan tarikh penghantaran yang dipilih).   Jadual menunjukkan kuantiti melawan tempoh.  Sila klik pada gambar jadual dibawah untuk melihat dengan lebih jelas.

mmacs_specialorder_rates

Semakin jauh tempoh penghantaran dan semakin banyak kuantiti pembelian, maka semakin murah lah.  Sebaliknya, jika anda membuat pesanan untuk kuantiti yang besar tetapi pendek tempohnya, maka kami akan caj harga yang lebih mahal kerana perlu menyiapkan kerja banyak dalam tempoh yang singkat.

Untuk mendapat harga yang bagus, sebaiknya tempoh adalah sekurang-kurangnya 30 hari dari tarikh pesanan. Ini kerana, kami dapat “bernafas” dan dapat membuat penyediaan sebaik mungkin. Jadi, semakin jauh tempohnya, maka harga semakin murah.  Beli lebih awal, anda dapat harga lebih murah.

Untuk membuat pesanan ini, sila ke link berikut:
www.masmacarons.com/specialorder

French Method vs Italian Method

Pembuatan macaron adalah terkenal dengan 2 kaedah (method) iaitu samada italian method ataupun french method.  Secara tradisinya, macaron diperbuat dengan kaedah french (french method).

Kami membuat macaron menggunakan french method sejak dari mula beroperasi hingga sekarang.  Ramai yang menggunakan italian method kerana faktor-faktor tertentu. Tetapi kami tetap menggunakan french method.

Italian method menjadi popular kerana dengan penggunaan kaedah ini, dapat menghasilkan (yield) macaron lebih banyak serta macaron yang lebih licin.

Manakala dengan french method pula, ia tidak menghasilkan (yield) lebih banyak macaron berbanding italian method, dan juga macaron nya tidaklah begitu licin sangat.

Namun, kami tetap menggunakan french method kerana, ia menghasilkan macaron yang enak, lebih terasa badamnya dan tidak begitu manis.

Secara logikanya, anda fikirkan, jika 500g badam digunakan, misalanya, dengan italian method dapat menghasilkan 150 butir macaron, tetapi dengan french method, menggunakan sukatan bahan yang sama cuma dapat menghasilkan cuma 100 butir macaron.  Italian method menghasilkan lebih banyak macaron kerana menggunakan air gula yang dididihkan dan ini mengembangkan lagi telur putih, makanya, hasilan nya banyak tetapi dari segi rasa mungkin kurang badam, malah mungkin akan terlebih rasa gulanya.  Rasa badam juga kurang.  Bayangkan pada kuantiti sukatan badam misalannya pada 500g anda dapat 150biji macaron, bermakna, setiap butir macaron mengandungi 3.33g badam, manakala dengan french method pula, misalannya pada 500g menghasilkan 100biji macaron, bermakna sebutir macaron mengandungi 5g badam.  Namun, antara sebab italian method disukai pembuat macaron, ialah kerana ia dapat menghasilkan “bentuk macaron” tanpa perlu skil yang tinggi.

Atas sebab demikian, kami tetap menggunakan french method, yang mana merupakan teknik pembuatan macaron yang asli dan pada pendapat kami memberi rasa lebih enak (kerana lebih terasa badamnya).

gambar hiasan.
gambar hiasan.

Macarons made with passion